Tariqat As-Sufiah

TARIQAT SYATTARIYYAH-NUFUSIAH.
(Tarbiah jiwa sufi melalui sebuah puisi)

Bismillahir rahmaanir Rahiim. Alhamdulillaahi Rabbil a`lamiina l-ladhzi sharaha suduura-l-a`rifin bi maaftihi wujuudihi wa zayyana quluubahum bi asraarihi wa nawwara arwaahahum bi ma`aarifi shuhuudihi wa zahhara nufuusahum bi nuuri ishqihi. Afdalu`l-salaat wa akmalu`l-tahiyaat `ala sayyidina Muhammad saahibi`l-hawdi`l-mawruud wa`l-maqaami` l-muhammadil` l-mahmuud wa `alaa aalihi wa sahbihi ajma`in wa`l-hamdu li` Llaahi rabbi` l-aalamiin.
Assalamu`alaikum. Selamat berbahagia dan selamat sejahtera semua dengan barokah rahmat Allah Tuhan samesta alam. Amiin.
(SEKUNTUM MAWAR WANGI SUFI SEJATI)
Bila pendosa berduka dan cemas
dalam bersolat hati tunduk khusu`.
Bila menjadi arif
mulia dan girang dengan mawar rindu
mengekal suatu toleransi denganNya
dalam bencana dan nikmat.
 
Aku dilahirkan  di sini dan dikurniaNya bersama nikmat-rahmat
semoga pulang ku nanti tidak semata  dengan tangan kosong
diterima baik kehadiranku di hari kiamat  dengan selamat.
Demi Wajah Suci MuliaMu dan Maha Agong
Aku maujud dalam naunganMu
aku hidup dalam genggaman mu
Engkau sajalah pengurnia bahagia
justeru bagiMu lah segala puji dan puja
 
Oh Tuhan ku, aku bermohon
keluarkanlah dahulu daku dari duniawiyah
sebelum Dikau keluarkan aku dari dunia maya
agar aku berwara’ dan berqana`ah
merdeka lagi mulia jiwa
mendengar kata
taat dan siddiq
mawas diri
sabar billaahi.
 
Hadapkan jiwa raga  padaMu saja
memandangMu Al Haq biar menyeluruh
agar aku ikhlas dan khalis yang sungguh
sehingga dalam kamar mandi yang gelap gelita
terasa malu terhadap Mu Sang Maharaja penguasa
inikan pula di majlis penghadapanMu Yang Maha Tahu
sedetik berpaling daripada menghadap wajah MuliaMu
malu aku sungguh terharu murkaMu  tercelalah diri ku
kerana dalam segala sesuatu Engkau  yang bertitah perintah
Engkau mengetahui segala yang terang dan entah berantah.
 
Tuhan ku
 Engkau perlihatkan daku
waktu yang benar
tempat yang benar
orang yang benar
 jiwa murni ada firasat
 cinta abadi lagi barokah
tidak `farq’ tidak `jame`
tapi `Jam`ul jame`
yang `syathar`
bukan yang `satar`
tapi `Muhaqqiq`
 yang sungguh tahaqqiq.
jadilah aku Marjan antara batu akid.
 
Andai sesuatu dosa dan noda yang kau selalu  kesali
tidak mengapa asalkan dikau telah ukirkan tobat sejati
tetapi jikalau berbuat suatu kebajikan jangan kau ungkiti

lupakanlah bangga diri
godaan nafsu mencelaka diri.
Tanda celaka diri
keras hati
mata hati beku
sedikit malu
keinginan keras derhaka uji
panjang angan-angan duniawi
lupakan ajal tak ingatkan mati
syirik bid`ah meninggi diri.
 
Berbahagialah jika ada akal sempurna
dapat melawan hawa nafsani
pengetahuan pun mencukupi
tentang kejahilan diri
pandai pula mensyukuri nikmat Ilahi
dikurnia karomah ma`nawiyah
bukan  keromah khisyiah
lalu menerima suatu pencerahan berserta tajalli
hal di luar batas indera dan pemikiran  manusiawi.
 
Jangan buang  kasihMu padaku
nanti tersesat aku pada jalanan
biarlah aku tinggalkan `AKUAN`
untuk Mu
dengan Mu
aku milik Mu
jangan aku menjadi murid dustaan
jangan  aku menjadi hanya arif fasihan 
jangan aku menjadi pengkhianat cinta Tuhan.
 
Ketika aku  sebutir  tiram tidak berharga
hadir di majlis arifan mulia
aku di suruh diam
aku pun diam
Pencerahan bermula
ketika itulah bijana jiwa menyerap  cahaya mutiara
potensialitas luarbiasa lain daripada pemikiran biasa
langit bagai berputar
aku  bertalwin  gila
mencari  sebenar manusia
pemurah terhadap sesuatu yang sedikit
bersikap wara` dalam keadaan menyendiri
menyatakan kebenaran di hadapan yang ditakuti.
Langit tenang aku siuman
Si raja perintah orang
Sang arif perintah raja
pipit menangkap enggang
tamkin melampaui talwinan.
  
Nabi Muhammad S.A.W. yang mulia ada bersabda
berbicaralah kepada sesiapa menurut tahap pengertiannya
kerana imformasi yang faktual pun tidak akan berguna 
andaikata kemampuan mengertinya tidak sempurna.
 
Mengenal Allah ilmu terpelik
 Allah itu  tidak ada bandinganNya walau sedikit
Namun Ia mewajibkan makhluk mengenali  diriNya
Orang bermakrifat dengan Allah selalu hadir bersama
kerana tidak ada yang disaksikan melainkan Dia
bila  ia mabuk al-masbak
lisan makhluk pun dikatakan kalam Al Haq
ia petanda berkembang sekuntum mawar wangi sufi qalandiahan
begitulah hadiah  lestari cinta ketuhanan dari Maha Penyayang
jika menerima walau pun setitis mawaahib mahbbah sebegini
diterima pula dengan berlantar rindu daripada pangkuan QudrahNya
maka tujuh puluh tahun ibadah tampa cinta khaashs sebegini
manakan sama dibandingkan dengan yang menerima anugerahNya?
 
Laa ilaaha illallaah
Ya Allah
 Ya  Huwa
Ya Haqq
Ya Hayyu
Ya Qayyuum
Ya Qahhaar
Ya Jabbaari
tanggalkan kulit makanlah isi
 itu maknanya tauhid hakiki
 ucapan lisan kalimat mulia tanpa keyakinan
lancar juga di lisan pada siapa munafiqin
justeru apabila tujuan telah pun tersunting
jalan dan pintu gerbangnya tidaklah penting
 
Tanamlah diri di dalam bumi yang sepi
jangan merasa kaya dalam faqir diri
jangan merasa mulia dalam hina fana
jangan rasa terkenal dalam secebis sinar
 
Jika datang waaridaati ahwal
bermakna bermula pengertian ketuhanan
bukan perkara angan-angan
itu rahsia kerohanian
Ke mana condongnya hati?
ikutlah hawajis
jangan turuti waswas sih!
Jangan  dituntut karamah sakti
tuntutlah istiqamah sejati.
ikutilah nasihat nabi.
 
Jangan dilangkah sejadah  imam wali
ditakuti buta hatimu nanti
dengannyalah kau dijemput masuk ke hadratul quds
dan bathul -in`s
kau dipersalinkan dengan muhadatsah
dikalongkan dengan mujalasah
dan minumlah dari piala kebajikan Al-Qudsi
terimalah persalinan al-Eaqlqat kebenaran Ilaahi.
 
Kembalilah turun wahai satria spiritual
di sini sedang menuggu seorang anak darwis tua
sedang ia dalam dahaga
andaikata engkau ketemui dia
jangan kau terus tuang kepadanya arak dari piala cinta
dia akan mabuk beruk bukan mabuk cinta bahagia jiwa
tuanglah  segelas air putih dangan penuh rasa sakhaa
dan sepotong roti kering pun sudah cukup buat dirinya.
lalu  engkau berceritalah kepadanya tentang:
Kemurahan hati Ibrahim al-khalilullah.
kepasrahan nasib  oleh Ismail A.S.
kesabaran Ayub  A.S.dalam penantian
kepetahan dan kebijakan komunikasi Zakaria A.S.
bersepi tajrid sepertinya Yahya A.S.
keikhlasan hati Musa A.S. dalam munajat terhadap Tuhan
berkalandar cinta Ilaahi Isa A.S. terhadap Tuhan Maha penyayang
Keluhuran dan kerendahan hati Muhammad S.A.W pembawa rahmat Tuhan semeta alam
 
Kenalkan diri kenallah Tuhan
kenalkan perintah kenalkan larangan
kenalkan musuh sebenar kenalkan lawan
kenalkan kewajipan terhadap Tuhan
barulah di bawa masuk ke rumah tuan
biar penuh ilmu dalam bijana hati
biar berilmu di hujung lisani
berilah  cermin  penyuluh tafakur diri
renungilah kebaikan dan kejahatan
yang bersarang di dalam diri bersendirian
 barulah diajar menatap keagongan
dan menghayati kebesaran Tuhan
dengan dzauq dan  waajidan.
 
Bila ia  mohon permisi pulang
hendaklah berpesan:
 
senentiasalah   berlurus hati
beradab sopan dihadhrat tilikanTuhan
bertauhid bersyariat
 biar siddiq biar wara`
lumurilah mata dengan debu- debu
dari jejakan Muhammad S.A.W.
biar ikhlas engkau selamat dari terhijab
jangan terkecoh dengan  hebatnya keramat
nanti kesombongan keangkuhan menggoda amat
menjadi takabur bahaya nanti terlaknat
 
Bersama orang yang baik
lebih baik daripda apa yang kau fikir baik
bersama orang yang buruk
lebih buruk dari  engkau melakukan perkara buruk
jangan bersahabat (berguru) dengan orang yang tidak mengasihimu
kecuali dia saorang yang bersih dari noda dan dosa serta cukup berilmu
 
Jalan menuju Al-Haq itu banyak
sebanyak nafas makhlukNya
boleh jadi melalui setitis air saja
 kau terpimpin sampai kepadaNya
 atau pun melalui suatu perintah kompleks
 baru kau boleh berubah `hal ` yang rumit
rasa malu dalam berbuat kebajikan
lebih besar daripada rasa malu
terkena perbuatan maksiat
 inilah maksud engkau berubah
dalam ` hal` yang rumit. 
 
Bilamana kebenaran telah  masuk ke dalam hati
kehendak Ilahi mengalir melalui lidah sang wali
engkau akan melihat sesuatu dengan cahaya Ilahi
Pabila engkau menyebut iyyakana`budu ikutilah syariat
pabila engkau kata iyyakanasta`inn ikuti lah hakikat
dengan ittisal jangan infisal.
 
 Ya Allah
Ya Rahman Yang Maha Pengurnia rahmat
Ya Ghafar Yang Maha Pengampun dosa kurniakan selamat
Ya Baqi Yang Maha Abadi tidak terjangkau `akal walau pun sihat
Ya Ahad Yang Maha Esa Zat tidak serupa dengan sekelian kai`nat
Ya Jabbar  Yang Maha Perkasa  memerintah dalam dunia dan akhirat
Ya Khalik Yang Maha Pencipta pimpinilah hatiku jangan jadi khilaf
 
Awas! jalan iman itu banyak samarnya wahai teman
jalan Iblis syaitan laknatullah banyak dan terang
hendaklah demi kerana Allah melakukan hal sekelian
sambil kemasnya tamkin pegangan tentang keesaan Tuhan.
Allah… Dialah  yang selalu berada dalam kebesarannya yang  baru
Menukar ganti, merobah, memuliakan dan menghinakan
 mencerai beraikan atau menghimpun berhimpun
`Likulli ajalin kitaabun`  (Qs,ar-Ra`dh 13:38) 
`Ertinya: Bagi tiap tiap masa ada ketentuanNya`
  bermunajat berdoalah menyatakan kefakiran kepadaNya.
 
Carilah  pemimpin penunjuk makrifat Ilahi
memimpin hati kepada pemilik semua hati
membuka hijab pengganti nabi dengan izin Ilahi
mengenal Allah Ilahi Rabbi
membungakan cinta muhabbah sejati
menggapai ketinggian mertabat rohani
dapat mencium sekuntum mawar suci
di alam abadi.
 
Selamilah di sini rahsia kematian
di pusat jantong kehidupanmu
kehidupan dan kematian adalah satu
sebagaimana sungai dengan lautan
antara pasang surutnya air lautan
hanyalah deburan ombak kegelisahan
apabila nafas terhenti
dengan suka hati
bebaskan diri
menuju Ilahi
Apabila  dipanggil berdiri di hadharat Mulia Sang Ratu
dijamah mesra kepala satria spritual Setia yang Merindu
itulah petanda mendapat restu cinta kasihNya yang dulu
Engkau kini pasti akan sejahtera di sampingNya
walau segementar mana pun jiwamu ketika itu
Selepas melewati peristiwa qabdh di hadhrat suci 
engkau bolehlah menari menyanyi sesuka hati mu
atau meminum setegok anggur  suruur  surgawi
dalam belaian rindu  basth  bidadari suci
Tetakala itu engkau teringatlah
bacaan pemimpin rohani rabbani mu
ketika masih hidup di alam dunia dahulu:
Saksikan:
`Beberapa wajah pada hari itu berseri seri, (tampak padanya tanda riang gembira dan nikmat). Merasa puas kerana usahanya (Kerana dahulu ia selalu patuh pada tuntunan nasihat agama Allah dan Rasulullah s.a.w). Dalam surga yang tinggi (tersusun tinggi mengikut tingkat darjatnya). tidak terdengar kata-kata lagha tak berguna atau jelek. Di dalamnya mata air yang selalu mengalir. Di dalamnya tempat tidur (istirahat) yang tinggi. Dan gelas-gelas tersedia lengkap. Dan bantal-bantal yang tersusun rapi. Dan permaidani yang terhampar luas.` (QS:Al-Ghasyiah, 8 hingga 16)

 Amiin. Ya Rabbal aa`lamin. Begitulah hendaknya ganjaran yang akan kita semua terima dari Allah kekasih yang Maha Pengasih dan penyayang di alam abadi. Insa `allah.

Jumaat  1 Mei 2oo9: Gelugor.
al fakir ila rahmatillah. 

Assalamualaikum, apa syarat-syaratnya dan bagaimana hendak menjadi ahli tarikat ini? “Sabiha”.

Jawapan 1  (wakil Inabah) ;

Wa’alaikumussalam…
Untuk menjadi ahli tariqat kami sebenarnya tiada syarat2 yang khas, walau bagaimanapun;
A. Beberapa penjelasan yang harap saudara akan maklumi, iaitu;
1. Ia hanya suatu amalan atau bacaan wirid untuk berzikir semata2 kepada Allah
2. Ia bukanlah suatu amalan berniatkan duniawi yang perlukan bermacam2 syarat tetapi hanya suatu cara/jalan (arab: tariq) untuk mengabdikan diri kepada Allah semata-mata yang diyakini mengikut tatacara sebagaimana yang diperturunkan dari Rasulullah (SAW) ke sahabat (RA) ke tabien ke generasi2 hingga pada kita hari ini.
(*Nota: Maka, susur Salasilah setiap tariqat – WAJIB ada hingga ke Rasulullah SAW)
3. Wirid dan zikirnya adalah lebih kurang sama macam zikir lepas solat yang biasa kita amalkan tetapi yang tak samanya ialah;
yang biasa diamalkan wirid oleh orangramai (org awam) adalah dibelajar/didapati secara umum atau secara memang tahu2 atau secara rujuk kitab sahaja atau diperturun secara tradisi atau mudahnya memang begitu amalannya sejak dulu2 lagi.
Tetapi, pengamal tasauf atau jalan tariqat meyakini bahawa mereka mengamalkan wirid yang sama namun dipandu oleh seseorang (berguru/sheikh/khalifah) yang disahkan (diijazah) menerimanya dari generasi ke generasi (salasilah) semenjak dari zaman nabi lagi dari satu org ke satu org hingga kepada penerima terakhirnya hari ini mudah2an keberkatan direct turun temurun dari Rasulullah SAW akan berkekallah dan berkatlah dalam mengamalkannya.
4. Harap maklum, ini bukan bermakna beramal dengan wirid yang tidak diterima secara khusus dari guru menjadi tidak sah…
(JELAS: Ianya sah dan tetap mendapat pahala kerana wirid2 selepas solat yang kita amalkan semuanya adalah dari bacaan/zikir yang terpilih dari Al-Qur’an & Al-Hadis, lagi muktabar)
5. Sebagai Lanjutan;
Menurut pendapat kajian Muhamad Ali Ahmad Ibrahimi dalam Kitabnya An-Nufuhat Ar-Rabbaniah fil Aurad al-Madaniah (Hembusan rahmat ketuhanan pada menyatakan wirid2 Ahli Madinah)… yang masih boleh saudara dapat di kedai2 buku…
Menyatakan.. bahawa pelbagai wirid yang masyhur lagi muktabar, yang diamalkan di kalangan ahli Sunnah Wal-Jamaah khususnya Mazhab Syafei kita di Tanah Jawi ( Negeri2 Melayu- Kepulauan Nusantara ) ini…
Tetapi wirid2 yang masih lazim diamalkan zaman berzaman di masjid2 selepas sembahyang oleh orang awam (khalayak ramai) sehingga hari ini adalah disusun oleh Syeikh Abdul Rauf Fansuri dari kitabnya Ummadatul Muhtadin yang diambil dari gurunya Syeikh Ahmad Qasyasyi (R.A) yang mengambilnya pula dari kebanyakan Ahli Madinah dan…
Beliau merupakan ahli tasauf yang mengamalkan Tariqat Syathariyah dengan mengambil Ijazah dari gurunya Syeikh Ahmad Al-Qasyasyi RA… (sila check salsilah tariqat kami di laman web kami ini atau salsilah mana2 tariqat yang mengikut jalan Imam Qasyaysi)
Saya hentikan di sini dulu, kerana niat asal saya hanya untuk memberi informasi bayangan berkaitan bagaimanakah amalannya… Iaitu, bahawa wirid2/amalan tariqat Syathariyah adalah berlebih kurang seperti bacaan selepas solat yang kita lakukan hari ini.
(*sila lihat juga berkenaan ayat2 wirid syathariyah di laman web ini)
Atau, sila rujuk kitab Dhiyaul Murid (Pedoman zikir menuju Ilahi) oleh Syeikh Daud Al-Fathani yang diterbitkan semula oleh Almarhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah untuk lebih detail mengetahui mengenainya.
B. Walaupun begitu, syarat umumnya ialah;
1. Ada kehendak dan keinginan untuk ikhlas berzikir dan beramal ibadat semata2 hanya kepada Allah SWT.
2. Menghafal bacaan wirid terlebih dahulu.
3. Sudi hati menerima yang mengijazah sebagai guru dan sebagai bapa dalam memerhati hal2 berkaitan ibadat.
4. Datang ke Pusat Inabah berjumpa guru untuk menerima wirid dan menjaga hubungan dengan guru samada datang sekali-kala atau berhubungan mengikut keadaan.
5. Jika maksud saudara bayaran wirid?, ijazah?, atau lain2 yang tersembunyi? TIADA… ilmu dari Allah itu hak Allah dan hak semua, yang Allah berikan hidayahNya
6. Hanya bayaran untuk pengurusan:
–> 6.1 Persatuan PIFKI ( sebagai ukhwah ahli ) : RM25
–> 6.2 Risalah/kitab/penerangan tariqat : RM50 (tidak dipaksa)
7. Tapi jika saudara nak bagi juga sebarang hadiah atau duit atau saham atau apa-apa bernilai kepada guru atau persatuan atau teman-teman atau sebagainya… saya rasa takkan ada yang akan halang :)
Harap sahabat2 ikhwan membetulkan pos saya ini, jika bicara saya ada yang tersilap atau terlebih,
Sekian, Terima kasih
-Webmaster-

Jawapan 2 (webmaster);
Salamx…
Saya telah menerima jawapan berkaitan hal ini dari pihak organisasi GS semalam… sila lihat jawapan rasmi di bawah tajuk “MUQADDIMAH IKHWAN THORIQAT SYATHARIAH – NUFUSIAH – AHMADIAH” untuk mendapatkan maklumat  selengkapnya. Terima Kasih!
-Webmaster-