Silibus SSMAS

PERINGKAT PEMBELAJARAN SENI SILAT MELAYU ASLI SEJATI

Hak cipta terpelihara
(Persatuan Seni Silat Gerak Sejati, Malaysia)
Pada kebiasaannya, sebelum bersetuju mengambil seseorang itu sebagai muridnya, seorang guru itu akan bertanya dahulu apa tujuannya mempelajari ilmu persilatan samada zahir atau batin. Jawapan murid itu akan disimpan guru sebagai rahsianya terhadap si murid.
Rukun belajar perguruan ini;
1. TIDAK BOLEH DERHAKA KEPADA ALLAH DAN RASULLAH (S.A.W).
2. TIDAK BOLEH DERHAKA KEPADA RAJA YANG SAH
MEMERINTAH NEGARA.
3. TIDAK BOLEH MENDERHAKA KEPADA GURU DAN DUA IBUBAPA.
4. Lakukan Amar makruf Nahi Mungkar sedaya dan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara secara sukarela.
5. Menghargai semua jenis silat Melayu-Nusantara dan menghormati ahli-ahli silat Melayu-Nusantara dan guru-guru silat Melayu-Nusantara Islam yang lain.

Peringkat Pembelajaran Bagi PSSGSM, ialah:
BENGKONG PUTIH (Peringkat asas)
1. Asas kemantapan kedudukan dan belebat (belebat tinggi dan belabat Rendah)
2. Asas jenis tumbukan (tumbuk seturut, sumbang seturut, tumbukan sendeng)
3. Asas gerakan pukulan siku dan lutut (seturut, sumbang seturut, empat pedahat)
4. Asas  tendangan dan tajian (tendang kuda, tendang sisi, layang, tajian & libasan)
5. Asas belaan dan serangan:
a. Asas serangan: mengguna pelbagai kaedah tumbukan (2) di atas. Tikaman, tetakan-pancung-belah, paras-libas dan pelbagai kaedah tendangan (4) di atas.
b. Asas belaan: Elak dan serang, tangkis luar-dalam dan pukulan dan kuncian (atas, tengah, bawah) sambut luar-dalam dan pukulan (atas, tengah, bawah) serta kuncian. Siku-sembat-lutut-tendang. kuncian dan sapuan.

6. Buah asas belaan dan serangan 21 biji (tangan kosong dan penggunaan kaki) aplikasi terhadap a:Asas serangan dan b:Asas belaan  yang tersebut di atas.

7. Latihan masuk pukul (gelut-mendada dan juga sendeng) menggunakan semua kemahiran 1-6 di atas (free sparring-gelut bebas tanpa rancang)

ANTARA FAEDAH MEMPELAJARI ILMU PERSILATAN INI.
Sebelum melangkah ke peringkat kedua pusaka warisan kita ketahuilah dahulu tujuan asal belajar seni bela diri silat Melayu:
1. Mewujudkan perhubungan silaturrahim sesama insan hidup aman sejahtera.
2. Mendapat Kecerdasan akal dan minda dan kesihatan badan rohani jasmanai
3. Menghayati daya karsa dan daya rasa dalam bentuk seni beladiri-kepuasan kejiwaan yang mempunyai semangat satria (patriotisme) pada jalan yang haq.
4. Merubah jiwa menjadi tabah, sabar berani dalam menghadapi cabaran hidup.
5. Menghayati haq dan membenteras yang bathil dan beradab sopan dalam kehidupan. Mendapat bimbingan keagamaan dan nilai-nilai murni.
6. Mempertahankan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara dari di cerobohi.
7. Mengambil semula permata yang hampir hilang dari khazanah bangsa sendiri (Melayu-Nusantara) kerana institusi persilatan merupakan pusat intelektual tradisi masyarakat melayu Nusantara zaman-berzaman.

BAHAWA penyebaran Islam di Nusantara sebahagian besarnya ialah hasil dakwah para pengamal ilmu persilatan iaitu para wali lagi pendekar. Contohnya seperti para Wali Sembilan di Indonesia dan Wali Tujuh di Tanah Melayu di samping sumbangan para pedagang Islam dari Arab, Iraq dan Parsi.

Amalan para wali lagi pendekar yang lahir di ALAM MELAYU NUSANTARA ini. Oleh itu, jangan pandang remeh pusaka warisan berharga ini. Ialah suatu kurnia ILAHI. Dengannyalah agama Islam yang mulia tersebar luas. Ialah suatu wadah ilmu dan Paksi kekuatan batin RUMPUN MELAYU NUSANTARA. Bersatu bangsa kita (melalui persilatan) menjadi teguh berpecah menjadi roboh. Takkan Rumpun Melayu Nusantara mahu hilang agamanya bangsanya dan negaranya.
HARGAILAH WADAH ILMU PERSILATAN MELAYU SEBENAR WAHAI KITA SEMUA YANG MEWARISI APA SAJA NAMA PERSILATANNYA DAN DI MANA SAJA ILMU PERSILATAN MELAYU NUSANTARA DI TUNTUT KITA ADALAH SATU AGAMA (ISLAM) SATU RUMPUN BANGSA HENDAKLAH  BERSATU  SUPAYA BERTAMBAH MUTU AGAMA BANGSA DAN NEGARA-NUSANTARA.

PERINGKAT KEDUA (BENGKONG HIJAU)
Permainan seni bunga, jurus, dan buah.
1. Seni Belian (silat belebat dan lian) lima Jenis Bunga lian dan satu jurus utama.
2. Seni bunga tari (tari lela dan jurus tari) aplikasi Silat Seri Rama dan Pongok dan lain-lain.
3. Aplikasi buah asas yang 21 biji  buah pancaloka (kembangan) serta pelajaran buah getah (buah kuncian-lapis berlapis).
Sementara melangkah ke peringkat ketiga perhatikan kata kata ini:
WALAU SEHEBAT MANA DAN SAKTI MANAPUN SESEORANG ITU ADAKAH IA HIDUP DI DUNIA INI SAMPAI MENONGKAT LANGIT? KALAU DAH JADI ALMARHUM JASAD KE MANA HILANGNYA? ROH (NYAWA) KE MANA PULANGNYA?
JAHAT DAN BAIK PERBUATAN KITA DIAMBIL KIRA BICARA DI HADAPAN PENGADILAN ILAHI DAN MENERIMA PEMBALASANNYA YANG SETIMPAL DARIPADA ALLAH S.W.T. KALAU TIDAK PEMBALASANNYA DI DUNIA TENTU DI AKHIRAT NANTI, MAKA
ILMU SILAT DITUNTUT ADAKAH MEMBAWA KECELAKAAN ATAU MEMBAWA KERAHMATAN KEPADA KITA? HUBAYA-HUBAYALAH KITA WAHAI SAUDARA, BERTAQWALAH SELALU KEPADA ALLAH. JANGAN KITA GUNAKAN ILMU PERSILATAN KE JALAN YANG DIMURKAI ALLAH SWT.

PERINGKAT KETIGA (Bengkong Biru-pembantu gurulatih)
Gerakan pancasona Gerak sejati Seni Silat Melayu asli Sejati yang falsafah tekniknya berdasarkan kalimat di bawah ini.
"Syuhuudul kasyrah fil wahdah dan syuhuudul wahdah fil kasyrah. Laatataharraquu zarratun illaa biiznillaah."

MEMANGLAH ILMU PERSILATAN MELAYU NUSANTARA SELALUNYA BERPAKSIKAN ILMU TAUHID, TASAWWUF DAN SYARIAT ISLAM. Dan waspadalah selalu dengan Allah SWT ini, Firman Allah SWT dalam surah Al-Zalzalah: 7-8 maksudnya:
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar dzarrah pun,nescaya dia akan melihat (balasannya) dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar Dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

PERINGKAT KEEMPAT (BENGKONG KUNING)
Peringkat ini telah boleh dilantik menjadi gurulatih untuk peringkat 1 hingga 3. Bidang pelajaran ialah:
1. Senjata pendek pisau, golok, parang, cota, kerambit, badik dan lain-lain.
     Buah asas 13 kembangan 13
     lapis satu, lapis dua dan lapis tiga.
2. Seni tekpi Melayu
     Buah asas 13 kembangan 13
     Lapis satu, lapis dua dan lapis tiga.
3. Seni Tongkat  Melayu ,pedang dan parang panjang.
     Buah pukulan asas 7  kembangan 7
4. Seni tembong dan lembing-tombak Melayu.
     Buah asas 7  kembangan 7

PERINGKAT KELIMA (BENGKONG MERAH)
(Bengkong merah bercula putih, hijau, kuning)
Peringkat Guru Muda (mengajar peringkat  1 hingga 4)
Pelajaran kemahiran peringkat petua-petua persilatan dan pencerahan ilmu agama dalam bidang fardhu `ain syariat, tariqat, haqikat dan makrifat setakat apa yang patut sebagai guru ilmu persilatan Melayu Asli Sejati berlandaskan agama Islam yang maha suci.
Syarat syarat semasa latihan perguruan ini:
1. Memakai bengkung adalah wajib semasa berlatih serta ahli perempuan mesti memakai tudung dan jaga tatatertib serta mematuhi arahan jurulatih.
2. Jika 2 bulan berturut-turut tidak membayar yuran akan digantung pembelajaran sehingga yuran dijelaskan.
3. Jika melanggar disiplin dan tatatertib perguruan, akan dipecat keahliannya.
4. Buat suruhan Allah swt dan Rasulullah saw sedaya upaya, jangan ingkar dan jangan menderhaka kepada guru.
5. Menghormati kepada semua jurulatih dan AJK induk perguruan.
6. Jadikan diri manusia berguna dan berbudi luhur. Jangan membuat perkara mungkar dan kezaliman.
7. Mematuhi arahan guru dan perguruan / perguruan dari semasa ke semasa.
Pelajaran silat zahir (fizikal) ini tidak diberi secara jarak jauh demi kesempurnaan pembelajaran dan kemahiran murid. Ia hanya sempurna di gelanggang-gelanggang perguruan ini di bawah tunjuk ajar jurulatih yang diiktiraf oleh guru atau oleh guru utama PSSGS sendiri.

Selayang pandang dari segi pandangan syara`
Bila di teliti dari segi syarak, mempelajari ilmu persilatan atau seni beladiri demi mempertahankan diri, keluarga, harta benda, agama, bangsa dan negara adalah menjadi fardhu kifayah yakni mesti ada seseorang individu atau kelompok masyarakat mempelajarinya kalau tidak, semua anggota masyarakat jadi berdosa. Tetapi apabila keluarga diceroboh, agama dinodai, negara dijajah atau dilanggar musuh, mempelajarinya menjadi fardhu ‘ain pada semua orang iaitu untuk membela diri dan keluarga, mempertahankan kesucian agama kedaulatan bangsa dan negara bersama apa saja kekuatan yang boleh di miliki .
Firman Allah SWT dalam surah An-Anfal yang maksudnya:
“Dan bersedialah kamu untuk menentang mereka(musoh yang menceroboh)dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan,dari pasukan berkuda yang lengkap bersedia,untuk menggerunkan dengan nya musoh Allah dan musoh kamu serta musoh musoh yang lain dari mereka yang Kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengentahui nya. dan Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan ALLAH akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiayai.” ( Al-Anfal: 60)

Banyak lagi dalil Qathie dari wahyu Allah S.W.T mengenai pernyataan hukum di atas SELIDIKILAH TAFSIR AL-QUR’AN Yang Mulia.
Cuba pula renungkan wahyu Allah S.W.T berikut dalam Surah At-Taubah yang ertinya:
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai orang orang mukmin)dimedan peperangan Hunain, iaitu ketika kamu MENJADI SOMBONG kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak member manfaat kepadamu Sedikitpun, dan bumi yang luas itu terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dan bercerai-berai.” (At-Taubah:25)

JELASLAH BAHAWA PANTANG PALING BESAR DALAM ILMU PERSILATAN IALAH TIDAK BOLEH SOMBONG DAN TAKBUR.

“Majulah Silat Demi Kesejahteraan Insan.”

Wallahu’alam.
Wassalam.

Sumber: Pendedahan silibus ini adalah dengan persetujuan ahli jawatan kuasa induk PSSGSPM 2009.