Pengenalan PSSGSPM

Latar belakang
Sebuah pertubuhan seni persilatan yang sah dengan nombor pendaftaran 1064/95 (trg) Malaysia. Pertubuhan seni silat ini telah mengalami beberapa perubahan nama semenjak 1970 atas dasar dinamika aliran persilatannya sebelum berdaftar dengan namanya sebagaimana yang tersebut di atas. Tetapi nama pertubuhan atau nama persatuan berdaftar bagi silat ini adalah tidak berubah dari asalnya saperti yang tercatat di atas. Perubahan-perubahan nama pada aliran persilatan persatuan ini adalah seperti yang tersebut di bawah ini. Oleh yang demikian jikalau didapati ada terdapat sebarang sebutan nama pada aliran persilatan seperti yang dinyatakan di bawah ini  ianya adalah tertakluk sumbernya kepada Persatuan Silat Gerak Sejati (TRG) Malaysia. 
  
Jika ada sebarang pertubuhan lain yang menggunakan perkataan `Silat Gerak Sejati` [Di Malaysia] tanpa pendaftaran yang sah daripada pihak pendaftar pertubuhan dalam negara, kami menganggap telah berlaku suatu penciplakkan nama perguruan atau pertindihan nama pertubuhan ataupun pertindihan nama di antara persatuan silat yang mungkin boleh menimbulkan beberapa masalah kepada persatuan ini, juga kekeliruan pada khalayak umum. Harap maklum.

Perubahan nama silat dalam aliran Persatuan Silat Gerak Sejati (Trg) Malaysia semenjak tahun 1970  ada  sebanyak tujuh kali perubahan. Tetapi Nama Persatuan `Silat Gerak Sejati` tidak berubah semenjak ia didaftarkan pada tahun 1995.
1. Seni Silat Tumbuk Belebat, 1970
2. Seni Silat Belebat Lian (Belian), 1973
3. SENI SILAT INSANIAH QUDSIAH, 1989
4. SENI SILAT GERAK SEJATI SATRIA WARISAN, 1993
5. PERSATUAN SILAT GERAK SEJATI [Silat Gerak Sejati], 1995
6. SENI SILAT GERAK SEJATI PANCAR MURNI MALAYSIA (PSSGSPMM), 2002
7. SENI SILAT MELAYU ASLI SEJATI (GERAK SEJATI) MALAYSIA,  2008

PENDAHULUAN
Pada teorinya aliran falsafah teknik Seni Silat Melayu Asli Sejati (gerak sejati) adalah berdasarkan kaedah dan teori persilatan Melayu asli nusantara yang berpaksikan, gerak semulajadi manusia atau Gerak sejati manusia berlandaskan penggunaan duabelas alam fizik manusia iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dua siku, dua bahu, satu kepala dan satu punggong dan juga penggunaan tujuh pancaindera iaitu dua mata, dua telinga, satu perasa, satu bau dan satu firasat. Namun begitu ia tidaklah membuang sama sekali gaya dan teknik yang diadunkan dari gerakan alam seperti gerakan air, angin, halilintar atau dari gerakan haiwan seperti: singa, harimau, kucing, tedung, helang, kala jengking, tebuan malah juga ulat nangka atau seumpamanya, dan lagi mengikut situasi yang diperlukan.

Sila Lihat huraian lanjut tajuk: Mengenai Seni. Silat. Pencak. Gayong pada tajuk khasnya pada laman web ini dan juga pada tajuk Silibus Seni Silat Melayu Asli (Gerak Sejati).

PERGURUAN / PERSATUAN SENI SIAT GERAK SEJATI MENYEDIAKAN JUGA PEMBELAJARAN-PEMBELAJARAN TAMBAHAN YANG MELIBATKAN SESUATU JENIS ILMU PERAMALAN BERCORAK KEROHANIAN ISLAM ATAUPUN LATIHAN MEDITASI UNTUK MEMPERKUATKAN DAYA ROHANI [KEBATINAN] KEPADA PESILAT-PESILATNYA ATAU SESIAPA SAJA YANG INGIN MENGAMALKAN KHAZANAH PUSAKA WARISAN MELAYU ISLAM INI SAMADA YANG BERDAFTAR SEBAGAI AHLI ATAUPUN SESIAPA SAJA DARIPADA SAUDARA / SAUDARI YANG MUSLIM YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN PERGURUAN INI YANG INGIN BERAMAL DENGANNYA.

Pihak persatuan/perguruan ini hanya mengijazahkan khazanah ilmu dan peramalan kerohanian islam Melayu-Nusantara ini setakat yang ada sebagai pusaka warisan  bersama. Keberkesanan ilmu dan amalan insaallah bergantung kepada keyakinan dan  kerajinan peramalan yang dilakukan oleh murid yang menerimanya sendiri dengan syarat mengikut segala aturan dan  yang diberi sebagaimana dalam risalah ilmu berkaitan apabila pembayaran mahar dibuat.


PAKEJ ILMUAN (PERAMALAN) 
 I. GERAK  SEJATI - Kalimah Suci
a. Persilatan gerak ilham sejati
b. Meditasi
c. Perobatan dengan tenaga dalam
- MAHAR RM200.00, Sehelai kain sarung dan Sehelai kain batik.
- Persediaan: Limau nipis satu, Kain putih 2m, 1 Botol atar, 1 Tali tasbih.
 - IJAZAH: Jarak dekat (tiada jarak jauh).
Bekalan Sumber: [Ada]
Pernyataan Sumber:  SEMPURNA ADA.
2. AMALAN AYAT EMPAT DAN SELENDANG MERAH
a. Jurus selendang Ghaib
b. perobatan
c. Selendang hikmat (selendang merah)
d. Pelbagaian ilmu hikmah yang berkaitan.
- Mahar: RM200.00  dan jarum panjang sepucuk.
- Ijazah jarak dekat dan jauh.
Bekalan Sumber:  [Habis]
Pernyataan Sumber: Akan dimaklumkan di halaman ini jika ADA.
3. AMALAN AL-HIKMAH I - Pancar Murni Sejati.
a. Tenaga dalam (hikmah)
b. Benteng tenaga (aura)
c. Perobatan
d. Pelbagaian ilmu Hikmah yang berkaitan dengan aliran ini.
- Mahar RM200.00.
- Ijazah jarak dekat dan jauh.
Bekalan Sumber:  [Habis]
Pernyataan Sumber: Akan dimaklumkan di halaman ini jika ADA.
4. AMALAN AL HIKMAH II - Aliran Wali Suci.
a. Tenaga dalam
b. Jurus pernafasan.
c. Perobatan.
d. Pelbagaian ilmu hikmah berkaitan aliran ini.

- Mahar RM200.00
- Ijazah: Jarak dekat dan jauh.
Bekalan Sumber:  [Habis]
Pernyataan Sumber: Akan dimaklumkan di halaman ini jika ADA.
5. AMALAN AL HIKMAH 111 - Seni Paradin.
a. Jurus pernafasan
b. Selendang Hikmat (batin)
c. perobatan
d. Pelbagai ilmu hikmah yang berkaitan dengan aliran ini.
- Mahar RM200.00
- Ijazah: Jarak dekat dan jauh.
Bekalan Sumber:  [Habis]
Pernyataan Sumber: Akan dimaklumkan di halaman ini jika ADA.
6. AMALAN AL HIKMAH 1V - ismu Nasr.
a. Tenaga Dalam
b. Perisai diri
c. Perobatan
- Mahar RM150.00 
- Ijazah: Jarak dekat dan jauh.
Bekalan Sumber:  [Habis]
Pernyataan Sumber: Akan dimaklumkan di halaman ini jika ADA.

7.  AMALAN  Al-HIKMAH  V - SILAMBA.
a. Pertolongan ghaib
b. Ilham
c. Perobatan
d. Mengenali titik kelemahan pada badan lawan.

Mahar: RM150.00
Bekalan sumber: Ada.
 
8. Biomagnetik-Rompi – (Lihat keterangan maksud Rompi).
  
a. Gerak Ilham
b.Tenaga dalam
c. Perisai aura
d. Perobatan.
 
Tingkat 1 dan 2.
- Rompi (4 alatan rompi) : RM200.00
- Mahar :  RM200
JUMLAH ( Rompi+Mahar) = RM400.00
Jarak dekat dan jarak jauh.
BEKALAN SUMBER: ADA
PERNYATAAN sumber: SEMPURNA ADA.
9.Tenaga Dalam Maya Sari Sejati (TDMSS)
a. Tenaga dalam mayasari
b. Benteng energi
c. Perobatan.

Mahar RM200.00

Jarak dekat dan jarak jauh.

BEKALAN SUMBER: ADA
PERNYATAAN sumber: SEMPURNA ADA.

KAEDAH PEMESANAN DAN BAYARAN MAHAR:

Sebelum Tuan/puan membuat tempahan pastikan berhubung terlebih dahulu dengan pihak perguruan ini untuk menentukan bahan (pakej peramalan tiap-tiap satu daripada perkara yang tersebut di atas) masih ada dalam simpanan atau sudah kehabisan. SMS talian: 0199216658 [kiriman bahan melalui jarak jauh insaallah selewat-lewat nya sampai ke tangan anda dalam masa tiga minggu dari tarikh pernyataan daripada kami (sms) telah menerima bukti slip bank pesanan anda. Berikan no. talipon anda bersama pesanan anda untuk menghubungi anda].

Sekian terima kasih.

S/U Sumber PSSGSPM.
Wassalam.