10 Disember 2010

TA`LIM MURSYID TSNS MALAM JUMAAT 9.12.2010.



Bismillahir-Rahmanir-Rahim.Alhamdulillahi Rabbil Alamin.Wssalaatu wassalam ala Syayyidina Muhammadin wa ala aalihi wasahbihi ajmain.Salam sejahtera kpd semua pembaca yang dikasihi.Catatan dibawah ini ada lah ringkasan daripada ta`lim Syeikh Mursyid Tareqat Syattariyyah Neosufisme[TSNS] kepada muridin dan para jemaah yang hadhir di Inabah TSNS pada malam jumaat 9.12.2010 semuga ia ada juga mamfaatnya kpd muridin Syeikh TSNS yang tinggal berjauhan dengan Mursyid serta ahli PSSGSPM dan juga kepada masyarakat umum yang suka mengikuti kuliahnya pada setiap malam jumaat.


1.AL-QURAN-AL-KARIM:


Ayat 71-73 surah Al-An`am.



Ayat 71.Ertinya:`Katakanlah:Apakah kami akan berseru pada sesuatu selain Allah yang nyata tidak berguna bagi kami juga tidak dapat menolak bahaya,bahkan berarti kami telah surut ke belakang sesudah mendapat pertunjuk hidayat daripada Allah,bagaikan orang yang dipermainkan syaitan,di bumi ia bingung,dia mempunyai kawan-kawan yang mengajaknya kembali kejalan yang lurus,marilah ikut kami.

Katakanlah:Sesungguhnya petunjuk Allah itulah yang sebenarnya petunjuk.Dan kami diperintah agar Islam menyerah kepada Tuhan semesta alam.



Tafsir:Assuddi berkata:Orang-orang musyrikin mengajak orang-orang muslimin:Ikutilah jalan kami dan tinggalkan agama Muhammad,tiba-tiba Allah menurunkan ayat 71 ini untuk mengajar kepada kaum muslimin bagaimana menjawab ajakan kaum musyrikin itu supaya pengikut Muhammad SAW supaya kembali kufur.......iaitu dengan firman`Katakanlah................................`



Ulasan:Sesungguhnya petunjuk itu hanya petunjuk Allah.Dan kita diperintah untuk menyerah sepenuhnya kepada Allah menurut ajaran-Nya,perintah-Nya,meninggalkan semua larangan-Nya,melaksanakan dan tunduk pada hukum-Nya.Sebab Dia Allah Tuhan yang mencipta,memelihara,menjamin semua makhluk seisi alam.



Ayat 72:Ertinya:`Dan agar mendirikan salat,dan bertawakkallah kepada Allah dan kepada-Nya lah kalian akan dihimpunkan.`



Ulasan: Iaitu sebagai lanjutan dari arti menyerah,Allah menyuruh:Tegakanlah salat,dan bertakwal dalam semua perintah dan larangan-Nya,sebab kepada Allah-lah semua makhluk akan dihimpun[dikumpulkan] untuk menerima hasil[balasan] dari semua perbuatan yang telah dilakukan selama hidup mereka di dunia ini.



Ayat 73:Ertinya:`Dialah(Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan haq(benar).Dan pada saat Ia berfirman: KUN[jadilah]maka terjadilah semua yang dikehendaki-Nya.Firman-Nya-lah yang benar dan bagi-Nya segala kekuasaan di saat ditiup sangkakala.Dialah yang mengentahui semua yang ghaib dan nyata[terang].Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi mengentahui sedalam-dalamnya.`



Ulasan: Allah menyatakan kebesaran kekuasaan-Nya yang menjadikan langit dan bumi dengan segala peraturanya,jaminannya,pemeliharaannya,dan kelengkapannya, yang hak dan pada setiap saat yang ditentukan hanya cukup memerintah dengan kalimah`KUN`[jadilah]maka terjadilah apa yang dikehendaki Allah pada saat dan waktu yang di tentukan sendiri.Firman Allah itulah yang hak dan benar.Semua kekuasaan kerajaan hanya di tangan Allah,juga pada saat ditiup sangkakala.dialah yang mengentahui yang ghaib dan terang.Dialah yang Maha bijaksana dan mengentahui sedalam-dalamnya.Rasulullah saw.bersabda:Ertinya:`Sesungguhnya Israfil telah meletakkan sangkakala dalam mulut dan menundukkan dahinya menunggu bilakah diperintahkan meniup[HR.Muslim].

2.AL-HADITH:

`............ Sabda Rasulullah saw.Qul aamantu billahhi thummas-taqim`[HR.Muslim].


Ertinya:.........`sabdanya:Katakanlah,aku beriman kepada Allah,kemudian hendakalah engkau beristiqamah.`[HR.Muslim].


Ulasan:Hadis tersebut amat ringkas tetapi cukuplah untuk menyatakan kandungannya meliputi segala pegertian agama Islam dalam segi `aqidah dan `amaliyyah atau dalam bidang keimanan dan amalnya.Sabda Rasulullah saw itu adalah bersumber dari wahyu Allah juga yaitu ayat 30 surah Fussulat:

Ertinya:`Sesungguhnya mereka yang berkata:Tuhan kami ialah Allah,kemudian mereka beristiqamah,turun atas mereka malaikat sambil berkata:Bahawa janganlah kamu takut dan jangan kamu berdukacita dan gembiralah kamu dengan surga yang telah dijanjikan kepada kamu`.

Istiqamah disini bererti menjalani jalan yang lurus[Al-Sirat al-Mustaqim].Jalan ini ialah agama yang lurus[benar]tanpa sebarang liku-liku atau condong kekiri dan kekanan dengan kata lain tidak berpaling hati kepada yang lain,dan meliputi segala perbuatan taat yang zahir dan yang bathin,juga meninggalkan segala larangan.Ini semua yang bererti istiqamah,iaitu kelurusan yang tetap dalam iman [tauhid]dan melaksanakan amal.Kata Abul al-Qasim Al-Qushairi:`Barangsiapa tidak lurus(tidak istiqamah-tiada kelurusan hati)dalam halnya sia-sialah usahanya,rugilah tenaganya.`


3.TAREQAT-TASAWUF:Pengajaran kuliah ke 10.

Qalam hikmahnya berkata:`Amal perbuatan itu laksana tubuh yang berdiri tegak.Sedang rohnya adalah rahsia ikhlas yang terdapat dalam amal perbuatan itu.` Atau dengan lain kata`Amal-amal zahiriah itu merupakan gambaran[bentuk]yang berdiri[tampa nyawa]sedangkan rohnya ialah keikhlasan[hati ]yang terdapat dan tersembunyi di dalam amalan-amalan itu.Maka amalan yang tiada ikhlas misalnya diselaputi riya` ibaratnya badan tampa nyawa maka umpama mayatlah ia jadinya dan tidak ada nilainya lagi.

NAMUN darjat ikhlas manusia dalam beramal ada tiga katagori:

1.Ikhlas orang mukhlisin atau ikhlashul-ibad......Mengerjakan amal kerana untuk Allah SWT. dan tidak ada sifat riya`tetapi ada bermaksud menuntut pahala dan menjauhkan siksa Allah. Ini darjat ikhlas yang paling bawah dalam beramal ibadat.


2.Ikhlas orang Muhibbin..........Mengerjakan amal dengan tiada tuntutan nafsu mahukan balasan pahala atau keistimewaan lain atau pun untuk menolak siksa...tetapi semata kerana taat dan rasa cinta kepada kekasihnya yang Maha Kuasa.Ini tahap ikhlas yang pertengahan.


3.Ikhlashul-Muwahid/Muqarrabin/Arifinbillah.........Hilang[keluar]nya makhluk daripada nadzar[pemerhatiannya]nya dalam segala amal perbuatan ibadahnya.Ini tahap ikhlas yang tertinggi.

Kata seorang Syeikh r.a:`Sahkan amalmu dengan ikhlas dan sahkan ikhlasmu dengan berlepas diri dengan pengertian:`Laa haula wala quwwqtq illa billah.`


4.KEROHANIAN.....tidak dapat diterangkan disini kerana kecetekan ilmu saya untuk menulis seperti apa yang di cakap dan di maksudkan Mursyid.



Wallahu a`lam.



Sekian untuk kali ini.Assalamualaikum Wrtl.

02 Disember 2010

SUKATAN PELAJARAN (SYLLABUS) SENI SILAT MELAYU ASLI SEJATI KERIS LOK 13 – (GERAK SEJATI)

Assalaamualaikum dan Selamat sejahtera semua,

Sekapur sirih Lela Sembah (hormat silatur rahim). Puji-pujian kepada Allah serta solawat dan salam kepada Rasul yang mulia dan para ahlul bait yang suci serta para sahabat baginda yang menjadi bintang bintang pertunjuk sapanjang zaman kejalan yang haq.

Di bawah ini didedahkan video satu bahagian dari latihan penuntut silat keris lok 13 PSSGS. Hanya sebagai pelengkap kepada keterangan artikel Silibus kerana merbahaya kepada pesilat. Latihan ini juga bermaksud untuk pertunjukan permainan silat pulut bersenjata sahaja. Perguruan juga tidak akan mempamirkan permainan lapisan ke-2 dan lapisan ke-3 kerana ianya rahsia bagi perguruan ini. Sila lihat dalam http://youtube.com/geraksejati, Terima kasih.

Video 1. Sedikit permainan latihan serangan dan belaan berkeris (pendek), pisau dan golok LAPIS PERTAMA sahaja dan tidak fokus kepada sasaran sebenar (titik bahaya) ke tubuh lawan (samada dalam serangan atau dalam membuat belaan) seperti dalam silibus pembelajaran

Video terbaru bertajuk: JURUS DAN BUNGA TARI KERIS PENDUA (Keris pendek keris lok 13 lok 11 lok 9 lok 7 lok 5 lok 3 atau keris melela pendek). Rentak dan pola jurus dan tari yang di pamerkan adalah hak resmi pelajaran gerak jurus dan tari perguruan SENI SILAT MELAYU ASLI SEJATI (PSSGSPM, Trg, Malaysia). Sila lihat dalam http://youtube.com/geraksejati/

Bismillahir rahmanir rahim. Alhamdulillahir rabbil`alamin wabihi nasta`in wala haula walaa quwwatailla billahi`aliyyil`adzim. Wasollallahu`ala sayyidina Muhammadin sayyidil mansyuurin wa`ala aalihi wasohbihi ajma`in. Amin ya Rabbal`aalamin.

PECAH TAPAK EMPAT SENI SILAT BERKERIS LOK 13, GERAK SEJATI.

Bila diri bergerak gerak bertapak silat pun bermula. Bermula gerak membentuk jurus. Jurus terjadi terbentuknya tari. Tari sanggahan tari tikaman. keris dipegang sarung dikedang (Putar) di pegang erat kelima jari. Berserta pula satu sepakan tendang atau sepakan terajang. Berpadu dengan suatu sapuan. Sapuan hadapan sapuan belakang lalu terbentuk suatu pola (pattern) kaedah persilatan. Pola beragaman melahirkan keindahan (Estatika). Lantaran kerana keindahan lahirlah pujian. Setiap pujian kembali kepada Tuhan ???? penguasa mutlaq semesta alam. Gerak bertapak keris lok 13 PSSGS mohon barokah daripada Allah dengan nama ZATNya Yang Maha Berkuasa dan juga sempena bermulanya Gerak Bertapak kemenangan perjuangan Rasulullah s.a.w dalam mengembangkan agama Islam yang suci setelah perintah berhijrahnya Nabi ke Madinah pada hari isnin bulan Rabi`ul awwal setelah 13 tahun Baginda diangkat menjadi Rasulullah s.a.w. Gerak bertapak Silat berkeris LOK 13 PSSGS mempunyai 7 gerakan tapak resmi seperti dijelaskan di bawah ini. Walau bagaimana pun Ilmu persilatan keris lok 13 ada juga mengggunkan keris pengiringnya iaitu keris lok 7 sebagai Keris Pendua (Yang biasanya dipakai selit di pinggang) dan keris panjang penggangtinya iaitu keris lok 21 (Sebagai keris panjang yang dipegang di tangan yang di sebut namanya keris Lemona atau keris-keris panjang yang lain. Istilah keris panjang ialah keris yang jenis ukuran panjangnya antara 18-25 inchi. Namun keris lok 13 ada dua katagori 1. Keris lok 13 yang pendek ukuran terbaik ialah 13 inci panjang boleh dijadikan keris pendua dan keris lok 13 yang panjang melebihi 18 inci zaman dulu dipakai oleh para panglima dan pendekar sebagai keris guna utama dipegang di tangan.

PELAJARAN ASAS:

Pelajaran asas ialah tarian keris panjang lok 13 atau keris pendek lok 13 atau pun keris pendek yang lain.Apabila mahir dalam tarian memudahkan pula pelajaran gerak jurus iatu jurus ibu dan jurus bertapak kembangannya yang lima. Contoh latihan tarian keris ini telah pun di tunjukan dalam video laman web ini.

GERAK BERTAPAK PERTAMA.

Gerak bertapak pertamanya merupakan JURUS JURUS UTAMANYA (Jurus Ibu) ia mempunyai 19 gerakan yang mengambil ilham keberkatan bilangan huruf `ijaiyah kepada ismullahu`adzom ??? ???? ?????? ?????? iaitu ucapan yang sangat mulia dan diberokati Allah dan dianjurkan setiap umat Islam membacanya apabila mahu memulakan sesuatu pekerjaan penting dan rasmi kerana ianya nama Allah yang Maha Agong. Guru-guru yang ‘Arifinbillah` ada mengatakan nama Allah s.w.t. mempunyai sebanyak 3000 nama. 1000 nama di ketahui oleh para malaikat. 1000 di ketahui oleh para Rasulullah dan Nabi-Nabi. 300 nama tersebut dalam kitab Taurat (Nabi Musa a.s). 300 nama Allah tersebut di dalam kitab Zabur (Nabi Daud a.s). 300 nama tersebut di dalam Injil (Nabi Isa a.s). 99 nama tersebut di dalam Al-Quran (Sayyidina Muhammad s.a.w) dan 1 nama lagi KHAS tersimpan di dalam ilmu Allah s.w.t sahaja. Namun begitu sekelian MA`NA kepada nama-nama Allah s.w.t yang 3000 itu semuanya terkandung dalam ayat ??? ???? ?????? ?????? barangsiapa membacanya dengan betul dan ikhlas hati kerana menyanjung dan mengingati Allah nescaya dikurniakan balasan pahala (Rahmat Ilahi) sebanyak pahala jika membaca kesemua nama-nama Allah yang 3000 itu. Sekiranya seseorang banyak membacanya pada mana mana perkara yang dihajatinya dan pada semua gerak gerinya nescaya dimudahkan oleh Allah pada apa-apa sahaja perkara yang dihajatinya dan hebatlah dihati sesiapa sahaja yang memandang kepadanya serta berbagai bagai keistimewaannya lagi. InsaAllah s.w.t.

LIMA TAPAK KEMBANGAN.

Dan berlandaskan kepada asas kejadian dari empat unsur diri samesta yang awal diciptakan Allah iaitu Api, Angin, Air, Tanah. Pola pecah tapak empat juga mengambil ilham daripada musyahadah zat yang mana-nama ZAT Yang Maha Mulia dan Maha Berkuasa yang sentiasa wajib dalam ingatan itu ejaannya terdiri dari empat huruf `Arabic` iaitulah ? ? ? ?.

PAKAIAN (UNIFORM) PESILAT .

Tujuan utama pengajaran ilmu persilatan yang fizikalnya ialah mengentahui falsafah tekniknya dan teknik serang bela yang berkesan. Sementara kecantikan seninya dan estatika berpakaian yang cantik dan anggun adalah perkara kedua. Berteraskan prinsip ini aliran silat keris lok 13 tidak memfokuskan kepada cantiknya pola jurus dan berseninya lenggok gerakan tariannya. Oleh itu gerakan jurus dan tarian persilatan aliran keris lok 13 tidak lah cantik. Ianya tampak lebih kasar, keras dan lasak. Pakaian nya pula tidaklah saperti pakaian dalam istana tradisional. Uniform pesilat lok 13 adalah simple dan rinkas dan tidak rimas memakainya. Ia hanya perlukan ikat kepala atau bentuk tengkolok yang mudah. Sehelai kain selempang, satu kain bengkong. Baju silat yang longgar berpasangan dengan sehelai Seluar Pak Karat (longgar-berkaki lebar) iaitu jenis pemakaian pendekar atau panglima zaman tradisi yang bertugas di perairan dan daratan negara (di luar dunia istana) yang mana pakaian begini di fikirkan sesuai dengan gerak persilatan di medan tempur yang keras dan lasak sama ada di darat, di laut, di lembah, di gunong, di hutan atau di padang dan lain lain lagi dengan menggunakan keris panjang (keris utama) dan keris lok 13 sederhana panjang. Sebilah keris kepunyaan sendiri. Sehelai selendang samada dipakai di tubuh bahagian atas atau diikat pada pinggang atau dipegang ditangan.

Makna pada uniform

I.Setangan atau ikat kepala=Simbul kearifan dan keilmuan (pendekar).

II.Baju,seluar dan samping=kesopanan, wara` dan baik tingkah laku.

III.Sebilah keris kepunyaan diri=Semangat satria Melayu dan keadilan

IV.Ikat bengkong=keberanian dan kehormatan maruah.

V.Selendang=Bersikap pelindung dan cinta damai.


MENGENAI PECAH TAPAK-JURUS JURUS:

Selain daripada pergerakan tapak PERTAMA (Ibu) yang mengandungi 19 gerakan dalam jurus utamanya itu akan diikuti (dipelajari) pula pergerakan dalam Tapak Kembangannya sebanyak LIMA PECAH TAPAK dengan pola pola jurusnya tersendiri. Namun pola pecah tapak empat pedahat (gerak berputar) pada setiap pelajaran pecah tapak itu adalah suatu kemestian kerana mengambil ilham dari empat kalimah agong dan mulia amalan bacaan orang mu`minin dan mukminat ahli taqwa iaitu kalimat ????? ??? ????. Gerak berputar merujuk kepada posisi ruh bersama Ilahi dalam aspek batiniah (sirr) dan keberadaanNya (wujud). (ada tercontoh lebih kurang dalam Video: Jurus dan bunga tari keris pendua http://youtube.com/geraksejati.

Tapak gerakan jurus hidup pelajaran keris lok 13 mempunyai jurus dan pola gerakannya yang tersendiri. Bebas dari sebarang kawalan tapak empat kerana mengambil ilham dari Firman Allah, `Fa`alullima yuriid` ertinya Allah berbuat sekehendakNya (KuasaNya mutlak). Jurus ini di sebut juga Gerak Jurus `Alif beralih`. Pergerakan jurus hidup adalah tindakan cepat dan tepat menggunakan salah satu daripada tiga mata berpepisau utama keris mengikut keperluan masa, situasi dan tempat pertempuran. Sasarannya pula terhadap 21 titik serangan pada tubuh lawan. 21 titik serangan ini mengambil ilham sifat wajib kekal kepada Allah iaitu 20 sifat dan 1 sifat harus bagiNya. 21 titik serangan pada tubuh seseorang lawan ini juga mengambil ilham dari sifat lawan kepada sifat baqa` yang ada kepada Allah s.w.t. (iaitu sifat majz-yang binasa) dan 1 sifat harus juga yang ada kepada makhluk. Berdasarkan 1 sifat harus inilah seorang hamba bertawakkal kepada Allah s.w.t dalam perjuangannya.

NOTA.

1.Ada pendapat mengatakan Lok Keris Lagenda Taming Sari 13 lok. Musoh tidak tertentang.
2.Tentera Badar menentang kafir Quraish seramai 313 orang menang melawan 1000 orang.
3.Kebanyakan bukan muslim takut kepada angka 13 kata mereka `Black Thirteen` contoh seperti mana 13 ekor gajah perang bersama bala tentera Abrahah yang ramai yang hendak meruntuhkan kaabatullah tewas oleh lemparan batu berapi oleh burung Ababil habis hancur seperti daun dimakan ulat. MasyaAllah.
4.Pendapat pandai keris (Empu) mengatakan aura keris lok 13 ialah Keris berkhasiat Pelindung dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
5.Arifinbillah berkata angka 13 ialah: 1 lambang Zat.3 lambang sifat, asma, afaalNya.

Ialah yang menguasai sekelian Semesta. Tempat bersandar dan bergantung dan berserah diri AHLI TAUHID.

BUAH SERANGAN DAN BELAAN:

Pelajaran buah tempur keris panjang Lok 13 terdiri dari TIGA LAPISAN (tiga tahap pelajaran). Tahap Yang kedua lebih berkesan dari yang pertama dan tahap yang ketiga lebih berkesan dari tahap (lapisan) kedua tapi menjadi Tiga dalam satu pada pelajaran tahap ketiga.

LAPISAN PERTAMA. (Tahap Pertama).

Terdiri dari 7 asas gerak serangan dan 7 gerak belaan. Menggunakan kaedah serangan dengan menikam dan paras serta kaedah belaan selapis sahaja. Sasaran serangan adalah terhadap 7 titik bahaya pada tubuh lawan. Biasanya diajar dengan menggunakan Keris Lok 7 terlebih dahulu (sesuai dengan buah buah serangan dan belaan yang 7). Setelah mahir diajar pula menggunakan keris lok 13 atau pun keris panjang (Keris lemona atau lain-lain keris panjang).

Lapisan pertama ini mempunyai dua tahap kemahiran iaitu (a) Kemahiran menggunakan keris bersama sarungnya.(Keris panjang). (b) Menggunakan keris tampa sarung (Keris pendua-keris pendek .ukoran mata keris kurang dari 13 inci).

LAPISAN PERTAMA. (Tahap Kedua).

Asas serangan pertama dan belaannya pada lapis pertama di tambah lagi dengan 7 buah kembangan gerak (sama ada pada teknik serangan atau teknik belaan) dengan menggunakan tiga bahagian mata berpepisau keris mengikut bagaimana situasi. Penggunaan kedua-dua jenis keris yaitu lok 7 dan lok 13.

Lapisan kedua ini mempunyai tiga tahap kemahiran (a) Bersenjata keris bersama sarungnya (keris panjang). (b) Bersenjata keris tampa sarungnya(keris pendek). (c) Mengatasi lawan yang bertangan kosong dan lawan yang menggunakan senjata senjata yang lain daripada keris.

LAPISAN KETIGA. (Tahap ketiga)

Peringkat Rahsia serangan dan belaan keris Lok 13 dan sasaran serangannya pada tubuh lawan ialah sebanyak 13 bahagian daerah dengan menggunakan ketiga-tiga mata berpepisau keris mengikut situasi yang wujud ketika bertarung. Kemahiran mengguna keris panjang di titik beratkan. Samaada menggunakan keris lok 13 atau keris Lemona lok 21 sesuai dengan mengenali 13 daerah serangan keris yang berkesan di tubuh lawan.

AKHIR KALAM:
Selamat belajar kepada semua. `Kesempurnaan belajar ialah dengan berguru` Jika berminat belajar Silat Melayu Keris Lok 13 dan menjadi Ahli SS GERAK SEJATI sila hubungi wakil-wakil persilatan dalam laman web geraksejati, http://geraksejati.co.cc Terima kasih. Contoh permainan gerak tempur keris lok 13 pendek level pertama `a` (Senjata berserta sarung) ada ditunjukan dalam video. Lihat http://youtube.com/geraksejati. Terima kasih, Wassalam.

Jika ada sesiapa saudara yang ingin memiliki keris dan senjata senjata tradisional Melayu-Jawa-Nusantara yang lain yang telah dibangkitkan medan tenaganya serta bersih dari sebarang unsur luar (Iblis/jin/syaithon) dan dibarokahkan untuk pemiliknya dengan harga maharnya pun berpatutan sila hubungi persatuan ditalian 0199630307. (SMS sahaja dapat diledani kerana kesibukan dan kesuntokan masa. Setiap pertanyaan yang ikhlas insyaAllah akan dijawab, maaf dan terima kasih).

`MAJULAH SILAT UNTUK KESEJAHTERAAN INSAN`.

Keris lok 13

Aku Melayu di sini
dan juga kau di seberang
yang masih ada?
bersama sebilah keris tua lok 13
pusaka warisan kita
masih bertahan di muara
hanya lah.
jangan tergadai
jangan terjual
nanti aku dan juga kau
terbuang dari muaraloka.
Ayoh melayu!!
kita seagama serumpun bangsa
marilah kita teguhkan bersaudara
kita tempakan semula bersama
lambang kekuatan
dan kesaktian bangsa
Keris Taming Sari

Dan keris tempa Melaka
sesama kita ?
jangan berkelahi.
Bismillahi
wallahi
wabillahi
watallahi.
Demi agama
demi negara
demi bangsa.
demi serumpun nusantara.

AL FAKIR ILA RAHMATILLAH.
PUISI CINTA, TAUHID, HAKIKAT, MA`RIFAT DI ALAM PERSILATAN MELAYU-NUSANTARA

(Buat renungan dan pedoman anak anak bangsaku penuntut ilmu persilatan Melayu Nusantara)

Bismillahir rahmaanir rahim. Alhamdulillahi Rabbil `alamin wabihi nasta`in. Wassolatu wassalam ala syyidil mu`miniina walmujaahidin Sayyidina Muhammadin wa`alaa aalihi wasohbihi ajma`in birahmatika ya Arhamar raahimin. Assalaamualaikum w.r.t. dan selamat sejahtera semua.

SEKAPUR SIRIH DIHULUR TANDA MESRA:

Seni Silat atau pun Pencak Silat Kedua-duanya perkara serupa Hak warisan kesatriaan serumpun bangsa Pusaka bakti pemelihara maruah peribumi Nusantara Syariat, thoriqat, hakikat dan ma`rifat panduan utama Al-Quran, hadiths, ijma `kias ulama pegangan bersama Membela agama, negara dan serumpun bangsa kita. Justeru, izinkan hamba melestarikan sebuah sajak bertajuk Puisi cinta, tauhid, hakikat ma`rifat di alam persilatan Melayu-nusantara
demi anak-anak generasi kita semua…

( i ) KEPENDEKARAN DALAM MAQAM TAUHID

Daku pun juga tidak gentar pada orang orangan
Baik yang bergelar pendekar atau pahlawan hulubalang
Hang Tuah
Hang Jebat
Panji Semerang…..

Meka, bukan tempat untukku luahkan segala puja puji-pujian
Apa ada pada nama
Apa ada pada gelaran
Apa ada pada yang bertubuh berdaging tulang belulang
Semua, lemah di sisi Keperkasaan Tuhan
Dan tidak pernah terlepas dari balunan ombak takdir
Semuanya digulung dalam lipatan Qada’ dan Qadar Tuhan

Sirku dan nyataku sedia tersuluh dalam cahaya satirMu
Memberikan daku jalan petunjuk
Baik pun dalam himpun berhimpun
Dalam bunyi serunai gong gendang genderang
Atau di kala aku bersendirian
Dimana pun jua ku terpandang
wajah mu ternyata di sebalik kejadian

Lantaran itu semua sepak terajang
Semua tumbuk dan tepisan
Seluruh lembut dan keras tarian
Engkau jualah pengawit di dalam ketrampilan
Bersama setiap jurus dan pukulan
Di situ lah cintaku mula berputik padaMu Tuhan

Ianya ku nyatakan dalam detikan zikir bersama kerdipan mataku
Ketika ku menanti terkaman lawan
Dalam turun naik nafasku melepaskan pukulan
Dan dalam tenggelamnya aku di lautan nufus persemadian

Ketika itu pada siapa harus ditakutkan
Selain dariMu?
Engkaulah pelindungku
Dari setiap kedurjanaan
Segala puja dan pujiku pun hanyalah untukMu Tuhan

Bukan sekali ini daku bersandar padaMu
Semenjak seluruh alam diriku terlantar di pentas dunia
Dan bilamana aku terseret ke jagat persilatan
Lantas mengenal diriMu suatu kewaajipan

( ii ) KEPENDEKARAN DALAM MAQAM FANA’FILLAH

Dengan berkat Dua Kalimah Suci
Engkau melimpahkan padaku suatu kekuatan dan keteguhan hati
Dengan perlimpahan RahmaniMu
Lantaran keagongan zatMu dan kemurahan sifatMu
Alif beralih gerak sejati bertajalli dalam kamalat sifat asma’Mu
Al-Qawiyyu al-Matiinu
Terlarut dalam batinul wujud
Ketika suci tujuh alam keinsananku

Maka hilanglah sirna diriku
Di dalam setiap kemelut pertarungan persilatan
Bersama letusan suatu isim
Aisim bernama Ismu Alam Tunggal
Ah, lenyaplah keakuanku dalam martabat Hu-Ha-Zi-Zu-Ha-Itlaqul-Itlaq!

( iii ) KEPENDEKARAN DALAM MAQAM BAQA’BILLAH

Di lubuk kebatinan
Aku serapkan bersama keagongan Syeikh Imamul Mubim
Itulah gayoman Sayyidi Ali Baya
Gayong bernama Balang Tidak Berlawan
Yang tidak tertentang oleh si kafir Quraisy
Dalam kecamuk perang ahlil Badri

Setelah itu aku semaikan pula semangat juang sabilillah
Saifullahul ‘Azhom Khalid ibnul Walid
Mujahid suci di medan perang Ajnadain
Dengan ketrampilannya bermain pedang
Si Theodore dan Heraclius pemuja palang
Menangis kecewa ditinggalkan kota Hims

Lalu aku serapkan pula gerak gayoman pendekar berkuda
Majdan as-Thaqafi
Yang sedang dimabuk arak cinta ketuhanan
Beramokan pedang
Di medan tempur al-Qadisiyyah
Kernanya seratus dua puluh ribu hulubalang Majusiyah
Pimpinan Rustum dari Parsi tertewas
Lalu runtuhlah berhala api di istana kisra Parsi
Dan bergema pula Dua Kalimah Suci
Asyhhadu Allaailaha Illallah Wa Asyhhadu Anna Muhammadar Rasuulullah

Setelah itu aku kirimkan sebuah salam kemesraan ke seberang
Salam seperjuangan salam seperguruan dalam satu rumpun persilatan
Aku sungguh berbangga dengan Aditia Jaya
Pendekar Ulung dari perguruan Keris Merah
Kerana kehebatan ilmu persilatannya
Meruntuhkan keagongan kerajaan Hindu Majapahit
Di bawah kedaulatan Raja Senopati Penjurit Kepentangan
Kerananya para rahib rebah di kaki candi Borobodor dan Parambanan
Hilang pudar daya pujaan patung Sivarman

Dan di sini pula di tanah tumpah darahku
Apa kurangnya riwayat jaguh-jaguh persilatan kebenaran Islam
Aku sudah terhirup secangkir ajian Doa Kota Api
Pusaka peninggalan Tuan Guru Sayyid Saqaf
Anak wali keramat Tok Ku Paloh
Teradun dalam jurusan Wali Suci
Yang menang dalam suatu sayembara
Berpuluh pendekar samurai Nippon menyembah bumi
Yang tiada esoknya lagi untuk menunduk ke mentari pagi
Di lereng Bukit Puteri yang banyak menabur budi

( iv ) SUATU NASIHAT

Justeru itu ayohlah putera puteri bangsaku
Tuntutlah ilmu persilatan Melayu warisan suci
Kita belum kekeringan semangat dalam keluhuran budi
Kita belum kemiskinan langkah, buah atau pukulan lipat ngeri
Kita belum ketandusan ilmu makrifat bela diri

Masih banyak ilmu Melayu Islam di gedung bela diri
Yang perlu ditimbai
Di dalam diri atau di dalam gelanggang seni
Masih ramai guru yang bijak bistari

Patah tumbuh hilang berganti
Jika pandai engkau merendah diri
Tahu pula mengenang budi
Nescaya dibimbing ajar ke akar umbi

Sumbangsih;
al-Fakir Ilallah